Tuesday 17 April 2012

Breivik mengaku bunuh 77 orang


OSLO, Norway - Seorang fanatik berhaluan kanan semalam mengaku dia melancarkan serangan bom dan tembakan yang meragut nyawa 77 orang di Norway. Namun, lelaki berkenaan, Anders Behring Breivik tidak mengaku salah atas dakwaan melakukan jenayah dengan alasan serangan tersebut dilakukan bagi mempertahankan diri. lagi..

Najib lancar kereta Proton Preve berinternet


Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan model terbaharu Proton Holdings Bhd. (Proton) bagi pasaran global iaitu Proton Preve di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan dekat sini malam tadi. Perdana Menteri menyifatkan kereta global itu, yang dilengkapi kemudahan Internet wifi 4G, bukan sahaja sangat berkualiti malah ciri-ciri keselamatannya diyakini mampu menepati piawaian antarabangsa. Tegas beliau, lebih membanggakan produk terbaharu Proton itu dijual pada harga yang mampu dibayar oleh rakyat Malaysia. lagi..

Sunday 15 April 2012

Tunggu untuk raba, dua remaja ditahan

Tunggu untuk raba, dua remaja ditahan

Demi melampias nafsu, dua remaja belasan tahun sanggup menunggu sebelum mencabul dan meraba beberapa mangsa di sekitar kawasan berhampiran lintasan kereta api di Taman Indah, di sini.

Sejak seminggu lalu dua remaja ini termasuk pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah di Pekan Kuala Kangsar, di sini, menunggu mangsa yang kebanyakan rakan perempuan dari sekolah jenis kebangsaan Cina, semata-mata mencari peluang untuk meraba dan mencabul mereka.  lagi..

Jangan percaya FAM mahu hukum Kelantan

Struktur semula Liga M : Annuar

TAN Sri Annuar Musa, yang digantung selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), meminta semua pihak khususnya penyokong pasukan Kelantan agar tidak mempercayai khabar angin kononnya badan induk itu mahu memotong lima mata dan hukum lima perlawanan ke atas The Red Warriors. read more..

Rumah menantu P. Ramlee disita


“Hendak ku nangis tiada berair mata.”Bait lagu Di Mana Kan Kucari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee cukup untuk menggambarkan perasaan satu-satunya menantu seniman agung itu, Suria Bakar, 35, yang terpaksa membesarkan dua anak lelaki dalam serba kekurangan. Tambah memeritkan, rumah yang menjadi tempat berteduh tiga beranak sejak 20 tahun lalu itu akan disita pada 18 April ini akibat kegagalan Suria menjelaskan tunggakan cukai pintu yang kini berjumlah RM10,000 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jelasnya, sejak kematian suami, Nasir P. Ramlee empat tahun lalu, dia hilang sumber pendapatan sekali gus kehidupan mereka lebih sukar. read more ..